Lawatan Sambil Belajar Pelajar eKelas Maxis di Zoo Negara
18 Disember 2018 | Aktiviti TerkiniPada 17 Disember 2018 telah lawatan sambil belajar oleh Maxis eKelas ke Zoo Negara. Adik Rayan Miiguel dari Pusat Internet PPR Kg Muhibbah telah terpilih untuk menyertai lawatan tersebut. Lawatan ini dibuat adalah sebagai hadiah kepada pelajar yang berjaya di dalam Pertandingan Mewarna dan Melukis Haiwan Terancam sempena kempen yang telah dibawa Maxis pada bulan Ogos yang lalu.
Para pelajar dibawa mengelilingi seluruh Zoo Negara untuk lebih mengenali haiwan-haiwan yang semakin terancam dengan lebih dekat. Pelbagai info yang telah dipelajari oleh para pelajar sepanjang mengikuti keseluruhan lawatan ini. Pelajar juga diajar untuk menyayangi haiwan-haiwan tersebut demi kelangsungan kehidupan haiwan-haiwan tersebut dan terpelihara untuk tatapan gererasi akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: